A. PROFAIL MASJID
NAMA MASJID
|
MASJID JAMEK AL-AMANIAH
|
||
NO. PENDAFTARAN
|
JAI.SEL.BPM/01/026
|
||
ALAMAT
|
TAMAN AMANIAH, SELANGOR DARUL EHSAN
|
||
POSKOD
|
68100
|
BANDAR
|
BATU CAVES
|
MUKIM
|
BATU
|
DUN
|
BATU CAVES
|
PARLIMEN
|
GOMBAK
|
DAERAH
|
GOMBAK
|
NO. TELEFON
|
03-6177 4554
|
NO. FAKSIMILI
|
03-6189 7493
|
WEBSITE/EMAIL
|
http://masjidamaniah.blogspot.com
|
||
KATEGORI
|
MASJID DAERAH
|
B. LATAR BELAKANG
TARIKH BINA
|
06 OKTOBER 1980
|
PENGASAS
|
YB. DATO' HJ ZAKARIA BIN HJ YAHYA
|
DIRASMIKAN OLEH
|
DYMM SULTAN SELANGOR
|
TARIKH RASMI
|
02 MAC 1984
|
KAPASITI JEMAAH
|
2 500 ORANG
|
KELUASAN TANAH
|
4.5 EKAR
|
PERATUS TANAH YANG TELAH DIBANGUNKAN
|
70 PERATUS
|
KOS PEMBINAAN
|
3.2 JUTA
|
SUMBER PEMBIAYAAN
|
KERAJAAN NEGERI
|
STATUS TAPAK
|
TANAH KERAJAAN
|
NO. PENDAFTARAN WARTA/GERAN
|
-
|
ANGGARAN PENDUDUK
|
5500 ORANG
|
C. PEMBINAAN MASJID
1. Sejarah Pembinaan Masjid
Masjid Jamek Al-Amaniah, Masjid Daerah Gombak Selangor dicadangkan
pembinaannya selepas kewujudan Daerah Gombak pada awal tahun 1975. Menyedari
keperluan kepada sebuah masjid di Daerah Gombak agar sama dengan daerah-daerah
lain di Selangor. ADUN Gombak waktu itu ialah Dato' Zakaria Yahya, telah
mengemukakan permohonan untuk mendapatkan peruntukan dari kerajaan dan berjaya
mendapatkan persetujuan atas cadangan tersebut.
Kemudiannya, ditubuhkan sebuah jawatankuasa pembinaan seperti
berikut :-
Penasihat Ybh. Dato' Zakaria Bin Hj Yahya
Pengerusi Yb. Tuan Saidin Bin Tamby
Setiausaha En. Ismail Bin Azuddin
En.
Mohd Sari Bin Salleh
Ahli Jawatankuasa
Tn. Hj. Nail Bin Jiran
En. Bahtiar Bin Yusof
Tn. Hj. Sidek Bin Hj. Bakar
En. Mohd Adnan Bin Yaacob
Tn. Hj. Abdul Kudus Bin Hj. Omar
En. Mohd Yunus Bin Yusof
En. Rifai Bin Ibrahim
Tn. Hj. Mohd Nor Bin Hj. Sulaiman
Tn. Hj. Kassim Bin Jamat
En. Suboh Bin Ahmad
En. Ghazali Bin Salleh
Tn. Syed Hassan Bin Syed Ali
En. Adnan Bin Mohd Yatim
En. Zakaria Bin Jamin
En. Mohd Zainal Bin Hassan
En. Abdul Rahman Bin Markam
En. Abdul Aziz Bin Mat Nordin
Pada asalnya, tapak masjid ini ialah bekas pejabat dan rumah
pekerja-pekerja Syarikat Perlombongan Renong Tin Dredging. luas keseluruhan
tanah ini lebih kurang 21 ekar termasuk juga rumah-rumah pegawai Syarikat
Perlombongan Renong Tin Dredging sebanyak 5 buah yang sekarang telah dijadikan
rumah-rumah pegawai kerajaan.
Kerja-kerja pembinaan masjid seluas 6.519 ekar ini jika mengikut
jadualnya, bermula pada tahun 1977 dengan peruntukan asal mencecah hampir RM 942
Ribu. Namun, berlaku sedikit kelewatan, kerana kerja-kerja perpindahan
pekerja-pekerja lombong renong tin dredging ke kawasan baru iaitu di belakang
Kampung Nakhoda bermula pada akhir 1979 serta berlaku beberapa pindahan kepada
pelan bangunan dan urusan tender, maka pembinaan masjid hanya dapat bermula
pada 6 Oktober 1980 dan penentuan arah kiblat dibuat lapan hari selepas tarikh
dimulakan kerja-kerja pembinaan iaitu pada 14 Oktober 1980.
Oleh kerana, tarikh kelulusan asal dan tarikh pembinaan mengambil
masa yang agak lama dan dengan kenaikan harga barang-barang pembinaan pada masa
itu, maka peruntukan pembinaan telah dikaji semula dan meningkat kepada RM
3,090 000.00 telah diluluskan oleh kerajaan. namun, jumlah kos sebenar
pembinaan masjid sehingga siap pada 27 Jun 1982 ialah RM 3 222 000.00. Masjid
ini mula digunakan sembahyang jumaat yang pertama pada 25 Mac 1983 kerana
kelewatan kemasukan bekalan air dan elektrik.
Masjid ini telah diwartakan sebagai tanah kerajaan dan dirasmikan
oleh DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 2 Mac 1984. Selain itu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
telah membina Kompleks MAIS yang mengambil keluasan 2 ekar daripada keseluruhan
tanah masjid.
2. Ciri-Ciri Senibina
Masjid ini dibina berasaskan senibina moden ala Timur Tengah di mana
ianya mempunyai kubah yang besar dan menara yang tinggi di luar bangunan.
Keseluruhan binaan adalah dari batu konkrit simen. Terdapat satu ruangan solat
yang besar dan dipenuhi permaidani yang indah dan dilengkapi dengan alat
penghawa dingin.
E. SENARAI SURAU DALAM KARIAH MASJID
BIL
|
NAMA SURAU
|
1
|
Surau Al-Ehsan, Jln Bunga Raya, Kg Baru Batu Caves, 68100 Bt
Caves
|
2
|
Madrasah Sirajul Huda, No. 12, Jln 3, Taman Batu Caves, 68100 Bt
Caves
|
3
|
Surau Al-Abrar, Jln 3, Taman Selayang, 68100 Bt Caves
|
4
|
Surau Nurul Falah, Eg13 Blok
Suria, Tmn Puteri Laksamana, 68100 Bt Caves
|
5
|
Surau Al-Firdaus, No. 10, Jln 1, Kg Jaya, 68100 Bt Caves
|
6
|
Musalla Al-Makmur, Pangsapuri
Sri Astana, Jln Sg Tua, 68100 Bt Caves
|
7
|
Surau Attanwir, Taman Raintree, Rumah Kelab Taman Raintree, Jln
Ariza Off, Jln Raintree Utama, 68100 Bt Caves
|