Tuesday, January 27, 2015

PROFAIL MASJID JAMEK AL-AMANIAH, GOMBAK

A. PROFAIL MASJID

NAMA MASJID
MASJID JAMEK AL-AMANIAH
NO. PENDAFTARAN
JAI.SEL.BPM/01/026
ALAMAT
TAMAN AMANIAH, SELANGOR DARUL EHSAN
POSKOD
68100
BANDAR
BATU CAVES
MUKIM
BATU
DUN
BATU CAVES
PARLIMEN
GOMBAK
DAERAH
GOMBAK
NO. TELEFON
03-6177 4554
NO. FAKSIMILI
03-6189 7493
WEBSITE/EMAIL
http://masjidamaniah.blogspot.com
KATEGORI
MASJID DAERAH


B. LATAR BELAKANG

TARIKH BINA
06 OKTOBER 1980
PENGASAS
YB. DATO' HJ ZAKARIA BIN HJ YAHYA
DIRASMIKAN OLEH
DYMM SULTAN SELANGOR
TARIKH RASMI
02 MAC 1984
KAPASITI JEMAAH
2 500 ORANG
KELUASAN TANAH
4.5 EKAR
PERATUS TANAH YANG TELAH DIBANGUNKAN
70 PERATUS
KOS PEMBINAAN
3.2 JUTA
SUMBER PEMBIAYAAN
KERAJAAN NEGERI
STATUS TAPAK
TANAH KERAJAAN
NO. PENDAFTARAN WARTA/GERAN
-
ANGGARAN PENDUDUK
5500 ORANG


C. PEMBINAAN MASJID

1. Sejarah Pembinaan Masjid
Masjid Jamek Al-Amaniah, Masjid Daerah Gombak Selangor dicadangkan pembinaannya selepas kewujudan Daerah Gombak pada awal tahun 1975. Menyedari keperluan kepada sebuah masjid di Daerah Gombak agar sama dengan daerah-daerah lain di Selangor. ADUN Gombak waktu itu ialah Dato' Zakaria Yahya, telah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan peruntukan dari kerajaan dan berjaya mendapatkan persetujuan atas cadangan tersebut.

Kemudiannya, ditubuhkan sebuah jawatankuasa pembinaan seperti berikut :-

Penasihat                   Ybh. Dato' Zakaria Bin Hj Yahya
Pengerusi                   Yb. Tuan Saidin Bin Tamby
Setiausaha                  En. Ismail Bin Azuddin
                                   En. Mohd Sari Bin Salleh

Ahli Jawatankuasa

Tn. Hj. Nail Bin Jiran
En. Bahtiar Bin Yusof
Tn. Hj. Sidek Bin Hj. Bakar
En. Mohd Adnan Bin Yaacob
Tn. Hj. Abdul Kudus Bin Hj. Omar
En. Mohd Yunus Bin Yusof
En. Rifai Bin Ibrahim
Tn. Hj. Mohd Nor Bin Hj. Sulaiman
Tn. Hj. Kassim Bin Jamat
En. Suboh Bin Ahmad
En. Ghazali Bin Salleh
Tn. Syed Hassan Bin Syed Ali
En. Adnan Bin Mohd Yatim
En. Zakaria Bin Jamin
En. Mohd Zainal Bin Hassan
En. Abdul Rahman Bin Markam
En. Abdul Aziz Bin Mat Nordin


Pada asalnya, tapak masjid ini ialah bekas pejabat dan rumah pekerja-pekerja Syarikat Perlombongan Renong Tin Dredging. luas keseluruhan tanah ini lebih kurang 21 ekar termasuk juga rumah-rumah pegawai Syarikat Perlombongan Renong Tin Dredging sebanyak 5 buah yang sekarang telah dijadikan rumah-rumah pegawai kerajaan.
Kerja-kerja pembinaan masjid seluas 6.519 ekar ini jika mengikut jadualnya, bermula pada tahun 1977 dengan peruntukan asal mencecah hampir RM 942 Ribu. Namun, berlaku sedikit kelewatan, kerana kerja-kerja perpindahan pekerja-pekerja lombong renong tin dredging ke kawasan baru iaitu di belakang Kampung Nakhoda bermula pada akhir 1979 serta berlaku beberapa pindahan kepada pelan bangunan dan urusan tender, maka pembinaan masjid hanya dapat bermula pada 6 Oktober 1980 dan penentuan arah kiblat dibuat lapan hari selepas tarikh dimulakan kerja-kerja pembinaan iaitu pada 14 Oktober 1980.
Oleh kerana, tarikh kelulusan asal dan tarikh pembinaan mengambil masa yang agak lama dan dengan kenaikan harga barang-barang pembinaan pada masa itu, maka peruntukan pembinaan telah dikaji semula dan meningkat kepada RM 3,090 000.00 telah diluluskan oleh kerajaan. namun, jumlah kos sebenar pembinaan masjid sehingga siap pada 27 Jun 1982 ialah RM 3 222 000.00. Masjid ini mula digunakan sembahyang jumaat yang pertama pada 25 Mac 1983 kerana kelewatan kemasukan bekalan air dan elektrik.
Masjid ini telah diwartakan sebagai tanah kerajaan dan dirasmikan oleh DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 2 Mac 1984. Selain itu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah membina Kompleks MAIS yang mengambil keluasan 2 ekar daripada keseluruhan tanah masjid.

2. Ciri-Ciri Senibina
Masjid ini dibina berasaskan senibina moden ala Timur Tengah di mana ianya mempunyai kubah yang besar dan menara yang tinggi di luar bangunan. Keseluruhan binaan adalah dari batu konkrit simen. Terdapat satu ruangan solat yang besar dan dipenuhi permaidani yang indah dan dilengkapi dengan alat penghawa dingin.

E. SENARAI SURAU DALAM KARIAH MASJID

BIL
NAMA SURAU
1
Surau Al-Ehsan, Jln Bunga Raya, Kg Baru Batu Caves, 68100 Bt Caves
2
Madrasah Sirajul Huda, No. 12, Jln 3, Taman Batu Caves, 68100 Bt Caves
3
Surau Al-Abrar, Jln 3, Taman Selayang, 68100 Bt Caves
4
Surau Nurul Falah, Eg13 Blok  Suria, Tmn Puteri Laksamana, 68100 Bt Caves
5
Surau Al-Firdaus, No. 10, Jln 1, Kg Jaya, 68100 Bt Caves
6
Musalla Al-Makmur, Pangsapuri  Sri Astana, Jln Sg Tua, 68100 Bt Caves
7
Surau Attanwir, Taman Raintree, Rumah Kelab Taman Raintree, Jln Ariza Off, Jln Raintree Utama, 68100 Bt Caves



TAJUK : BAHAYA SYIRIK


RASULULLAH S.A.W BERSABDA: SESUNGGUHNYA ALLAH MERESTUI (MEREDHAI) TERHADAP KAMU TENTANG TIGA PERKARA, ALLAH JUGA MEMBENCI KAMU TIGA PERKARA. TIGA PERKARA YANG DIRESTUI ALLAH IALAH : KAMU BERIBADAH KEPADANYA SEMATA-MATA DAN KAMU TIDAK MENYEKUTUKANNYA DENGAN SESUATU APA PUN. DAN KAMU SEMUA BERPEGANG TEGUH DENGAN TALI ALLAH (ISLAM). DAN KAMU SEMUA TIDAK BERPECAH BELAH. ALLAH MEMBENCI TERHADAP KAMU TIGA PERKARA : ORANG YANG KEJI MENGEJI. BANYAK BERTANYA. DAN ORANG YANG SUKA MENSIA-SIAKAN HARTA.
(RIWAYAT MUSLIM)


TIGA PERKARA YANG MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH

1. MENUMPUKAN IBADAH KERANA ALLAH
2. BERPEGANG TEGUH DENGAN TALI ALLAH (ISLAM)
3. TIDAK BERPECAH BELAH DAN BERTELAGAH

TIGA PERKARA YANG MENGUNDANG KEMURKAAN ALLAH

1. KATA MENGATA
2. BANYAK BERTANYA
3. MEMBAZIRKAN HARTA

PEMBAHAGIAN SYIRIK

1. SYIRIK KHAFI  : SYIRIK KECIL DAN TERSEMBUNYI.
2. SYIRIK JALI    : SYIRIK YANG NYATA DAN BESAR.